Friday, November 25, 2011

Kesatuan Tidak Boleh Disaman

25/11/2011 3:18am

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan kesatuan sekerja menikmati imuniti mutlak daripada disaman di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Hakim Datuk V.T.Singham berkata, Seksyen 22(1) akta itu memberikan perlindungan kepada kesatuan sekerja daripada mana-mana saman yang difailkan di mahkamah, malahan jika pun, wakil kesatuan telah memfitnah pihak satu lagi (majikan).
"Mungkin sudah tiba masanya bagi penggubal undang-undang untuk menimbangkan secara serius sama ada perbuatan fitnah tort, jika dilakukan oleh atau mewakili pihak kesatuan sekerja dan malahan jika ia dilakukan ketika sedang dipertimbangkan atau pelanjutan pertikaian sekerja, patut diberikan perlindungan imuniti seperti di bawah Seksyen 21 dan Seksyen 22 akta itu,” katanya.
Singham juga berkata, adalah sangat jelas di bawah seksyen itu bahawa mahkamah tidak sepatutnya melayani sebarang saman terhadap kesatuan sekerja.
Oleh yang demikian, beliau menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan Setiausaha Agungnya, J.Sandagran Solomon.
Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan NUBE tersebut atas alasan mereka mempunyai imuniti mutlak sebagai kesatuan sekerja mengikut Seksyen 22(1) akta itu.
Beliau juga memerintahkan Maybank membayar RM15,000 sebagai kos kepada para defendan. — Bernama

Saturday, September 24, 2011

TAKLIMAT AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT, ISU KEBANKRAPAN DAN KHIDMAT BANTUAN GUAMAN ZON TIMUR

Taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh:  29 September 2011 (Khamis)
Masa:    8.00am - 4.30pm
Tempat: Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Maklumat lanjut boleh hubungi Setiausaha CUEPACS Bahagian Terengganu.

Sunday, September 4, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian Kali Ke-4 2010-2013

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh:     4 September 2011

Masa:      2.30 Petang

Tempat:   Batu Burok Beach Resort

Semua AJK dapat menghadirkan diri.

Tuesday, April 26, 2011

SAMBUTAN HARI PEKERJA 2011

CUEPACS BAHAGIAN TERENGGANU MENGHANTAR SERAMAI 40 ORANG PESERTA KE SAMBUTAN TERSEBUT YANG DIADAKAN DI IPOH, PERAK BERMULA 29 APRIL HINGGA 1 MEI 2011.

MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KETIGA SESI 2010 -2013

TARIKH: 24 APRIL 2011

MASA: 4.00 PETANG

TEMPAT: BILIK MESYUARAT MBKT